Senin, 06 Desember 2010

Kemunculan syi'ah dan pembagianya


v Kemunculan syiah melalui tiga peringkat :

1.      Peringkat sejarah
2.      Peringkat politik
3.      peringkat akidah

v Golongan-golongan syiah ada tiga :

1.     Syiah mughaliyah (pelampau):

Adalah mereka yang melampau terhadap dakwaan imamnya Ali. Mereka mendakwa bahawa Ali adalah nabi (nubuwah) bahkan tuhan (uluhiyah) sehinggalah kepada susur galur keturunannya.

Syiah ini terbagi lagi menjadi :

a. Al-Bayaniyah (Bayan bin Sam`an at-Tamimi).
Puak ini mendakwa bahawa Allah adalah berbentuk manusia, dan semua apa yang ada di alam ini akan binasa melainkan Allah.
b. Kumpulan Abdullah bin Muawiyah bin Abdullah bin Jaafar zi al-Janahain.
Mereka berkata tentang tanasukh ruh(), bahawasanya ruh Allah berada pada Adam kemudian berlakunya tanasukh sehingga berpindah kepada Abdullah bin Muawiyah.
c. Kumpulan Abdullah bin Amru bin Harb.
Mereka mendakwa bahawa ruh Abi Hasyim Abdullah bin Muhammad bin Hanafiah telah berpindah kepada Abdullah bin Harb lalu menetap di situ.
d. Kumpulan Mughairah bin Saad.
Mereka (Syiah) mendakwa beliau adalah nabi yang mengetahi nama Allah yang maha agung. Beliau banyak mentakwil ayat-ayat al-Quran tanpa saluran yang tepat manakala kebanyakan kata-katanya penuh kekufuran..
e. Al-Mansuriyah (Abi Mansur).
           Mereka mendakwa sepatutnya imam selepas Abi Jaafar Muhammad bin Hussein Ibn Ali adalah Abu Mansur.
f. Al-Khutabiyah (kumpulan Abi al-Khatab)
          Mendakwa dunia ini bukanlah bersifat fana.
g. Al-Bazigiyah (kumpulan Bazig bin Musa).
          Mendakwa bahawa Jaafar bin Muhammad adalah Allah dan menyerupai manusia. Mereka juga mendakwa tidak akan mati sebaliknya akan di angkat ke langit.
h. Al-Mumairiyah (kumpulan Umair bin Bayan al-Ajali).
          Mereka mengatakan Jaafar adalah tuhan yang patut di sembah.
i. Al-Mufadliyah.
          Mereka mendakwa tentang ketuhanan Jaafar dan mendakwa diri mereka sebagai nubuwah dan risalah.
j. Kumpulan yang mendakwa bahawa Ruhul Qudus yang ada pada nabi                           berpindah kepada Hussein kemudian kepada Muuhammad Ibn Hassan (mereka semuanya adalah Tuhan).
k. Kumpulan yang mendakwa bahawa Ali adalah Allah dan mereka mendustai Nabi saw.
l. Kumpulan yang mendakwa bahawa Allah telah masuk ke dalam lima individu iaitu pada Nabi saw, Syaidina Ali ra, Hassan ra , Hussein ra dan pada Fatimah ra. Mereka adalah Tuhan pada pendapat mereka (kumpulan ini) dan mereka (lima individu) mempunyai lima lawan iaitu Syaidina Abu Bakar ra, Syaidina Umar ra, Syaidina Uthman ra, Muawiyah dan Amru al-As.
m. As-Sabiyah (di nisbahkan kepada Abdullah bin Saba’ yang berkata kepada Ali: “Kamu adalah kamu, Ali bertanya: Siapa saya (yang dimaksudkan) itu? Kata Ibnu Saba’: “Kamu adalah tuhan!!). Ibnu Saba’ juga ada mengatakan bahawa Ali belum mati sebaliknya beliau akan kembali ke dunia sebelum hari qiamat untuk memenuhi dunia dengan keadilan selepas di penuhi dengan kezaliman.
n. Kumpulan yang mendakwa Allah tidak mencipta alam ini..
Pada hakikatnya pendapat mereka telah terpengaruh kepada pendapat-pendapat dan aqidah-aqidah Majusi() khususnya dakwaan ketuhanan individu, hulul dan tansukh, tasybih, kenabian para imam serta ketuhanannya dan mengingkari berlakunya hari akhirat dan hari kebangkitan semula..

Pendapat-pendapat Syiah

Pendapat Mughaliyah.
Berkata dengan hulul dan tasybih.
Berkata dengan tanasukh.
Berkata tentang kenabian dan ketuhanan Ali serta zuriatnya.
Mengingkari baath (hari kebangkitan) pada hari akhirat dengan hujah bahawasanya balasan baik dan seksaan berlaku ketika hidup di dunia.
Berkata tentang bida’ (iaitu Allah akan mengajar perkara yang belum diketahui)
Berkata tentang raj`ah.









  1. Syiah Rafidah (Imamiyah)

Mereka adalah merupakan majoriti Syiah yang mengatakan imamnya Ali adalah dengan nas, Ali telah menaskan imamah anaknya Hassan manakala Hassan telah menaskan imamah saudaranya Hussein. Begitulah seterusnya imamah itu berpindah dengan nas kepada anak-anak Hussein

Pendapat-pendapat Syiah Imamiyah.

Imamah tidak berlaku kecuali dengan nas dan wasiat, pendapat mereka ini telah menafikan galakan dan kebebasan umat islam dalam urusan melantik khalifah.
Mereka melaung-laungkan taqiyah ketika berada dalam ketakutan.
Membatalkan ijtihad dalam hukum-hakam, pendapat ini telah menafikan galakan terhadap umat islam untuk membolehkan berijtihad.
Mereka mengatakan Imam adalah sebaik-baik manusia.
Salah satu pecahan daripada golongan ini yang dinamakan al-Kamiliyah mengatakan: Manusia menjadi kufur meninggalkan tuntutan Ali dan Ali mengkufurkan orang yang meninggalkan tuntutan khulafah.
Golongan ini mempunyai sebanyak dua puluh empat pecahan dan menggelarkan golongan mereka dengan nama al-Imamiyah kerana mendakwa berlaku nas imamnya Ali dan anak-anaknya. Antara individu yang paling menonjol dalam golongan ini ialah al-Baqiriyah pengikut Abi Jaafar (Muhammad bin Ali Baqir), Jaafariyah al-Waqifah, al-Aftahiyah yang berkata tentang imamnya Abdullah al-Aftah bin Jaafar as-Sadiq, Ismailiyah al-Waqifah yang berkata tentang imamnya Ismail bin Jaafar, Musawiyah yang berkata tentang imamnya Musa bin Jaafar as-Sadiq dan Ithna Asyriah yang mendakwa rantaian imamah hingga kepada yang kedua belas iaitu Muhammad bin Hassan al-Askari sebagai Muntazar.()
Daripada golongan ini Imamiyah ithnai asyriah (imam dua belas) adalah yang paling menonjol..

  1. Syiah Mu’tadilah (Zaidiyah)

Yaitu kelompok yang lebih mengutamakan Ali Abi Talib berbanding sahabat-sahabat Rasulullah saw yang lain seperti Abu Bakar, Umar al-Khatab dan Uthman Affan. Mereka juga berpendapat adalah terkeluar daripada imamah orang yang terlibat dalam kefasikan.
Selepas Zaid datang pula anaknya Yahya pada zaman al-Walid bin Abdul Malik. Selepas Yahya Zaidiyah terbahagi kepada enam pecahan mengikut pendapat masing-masing dan teori mereka tentang imamah,



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Cari Blog Ini